Research Octane Number atau lebih dikenali dengan RON merupakan campuran dua bahan unsur utama yang terdiri dari oktana dan pentana yang disatukan menjadi bahan bakar petrol. Nombor RON pula merujuk kepada gred bahan api yang berbeza bergantun kepada keupayaan bahan api tersebut menentang rintangan ‘ketukan’ serta pembakaran tidak normal dan pada masa yang sama menjana tenaga ketika proses pembakaran oleh palam pencucuh yang terdapat dalam enjin. ‘Ketukan’ bermaksud apabila gabungan kedua bahan api dan udara yang terdapat dalam enjin terbakar lebih awal sebelum api dikeluarkan dari palam pencucuh untuk membakar. Proses pembakaran yang lebih awal adalah mungkin disebabkan enjin yang terlalu panas, maka haba yang terhasil dari silinder enjin itu mungkin telah menyalakan bahan api lebih awal sebelum palam pencucuh menyala. Sekiranya perkara ini berlaku akan menurunkan prestasi kenderaan serta boleh merosakkan enjin.


Penggunaan RON adalah mengikut kesesuaian enjin kenderaan supaya dapat memberi prestasi yang maksimum dan mengurangkan kerosakan pada enjin. RON yang lebih tinggi adalah tahan dalam tekanan yang lebih tinggi di mana bahan api adalah lebih sukar terbakar, manakala RON yang lebih rendah akan lebih mudah terbakar tetapi tidak tahan terhadap tekanan. RON yang lebih tinggi tidak bermakna ia memberi kuasa yang lebih, namun bagi enjin yang berkuasa tinggi ia memerlukan RON yang lebih tinggi.

Kebanyakan kenderaan di Malaysia adalah sesuai dan boleh menggunakan petrol RON 95 tanpa sebarang masalah. Malah, penggunaan RON 95 tidak menjejaskan kuasa pecutan kenderaan. Cara pemanduan, jenis kenderaan serta kualiti enjin yang memainkan peranan dalam menentukan kadar ekonomi penggunaan petrol berbanding nilai RON yang digunakan. Sekiranya enjin kereta pengguna hanya memerlukan RON 95, adalah sebaiknya ia mengekalkan penggunan RON 95 berbanding RON 97 kerana ianya lebih menjimatkan. 

Kini, terdapat pula petrol RON 95 gred Euro 4M di stesen minyak Petronas yang membolehkan pemanduan yang lebih lancer serta responsive, malah petrol RON 95 gred Euro M ini menggunakan bahhan api yang lebih bersih serta dapat mengurangkan pencemaran udara. Bahan api petrol ini hanya mengandungi sebanyak 50 bahagian bagi setiap sulfur di mana ia 10 kali lebih rendah berbanding standard Euro 2M bagi petrol RON 95. Kandungan bahan benzene juga dikurangkan sebanyak 30 peratus kepada 3.5 peratus dan tekanan wap juga adalah rendah iaitu sebanyak 7.0 peratus kepada 65 kilopascal yang menjadikan bahan api ini lebih bersih untuk enjin dan alam sekitar. Petrol price malaysia